Pages

December 26, 2011

Andai Lelaki Tahu. :')

*copy and paste untuk renungan dan informasi bersama. :D*

Andai lelaki tahu jika seorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya mempunyai segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andai lelaki tahu jika seorang wanita itu mengalirkan airmata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi, dia sedang mencari kekutan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andai lelaki tahu apabila seorang perempuan sedang marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya, tapi, percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang bercinta, mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang itu, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andai lelaki tahu apabila seorang perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud membuat anda rimas, tetapi sebaliknya, dia mahu anda mengenalinya dekat lebih dekat lagi.



Andai lelaki tahu apabila seorang perempuan berkata dia ingin anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan kamu lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda.


Andai lellaki tahu apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia masih sayangkan anda dan mengganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. kadang kadang dia terlalu risau secaranya terlalu percaya anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi, naluri keibuaannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik buat anda.



Andai lelaki tahu apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu apabila seorang perempuan jarang mengatakan 'i love you' itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasa sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu jika perempuan menyatakan cintanya, dan seringkali mengucapkan dia amat menyayangi anda, itu bermakna dia benar benar menyayangi anda dengan sepenuh hatinya, dan dia berharap agar anda turut mengatakan bahawa anda menyayanginya, kerana dia sentiasa mahu kasih sayang anda sentiasa melebihinya dan dia tidak mahu bertepuk sebelah tangan.


Andai lelaki tahu apabila perempaun kata dia rindu sama kamu, dia benar benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain dimata.


Andai lelaki tahu a[abila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik dihatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun ramai menganggap masih ramai lagi yang lebih baik dimatanya tetapi dihatinya, kamu tetap yang terbaik.



Andai lelaki tahu apabila perempaun menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu apabila permpuan berkata, "tolong tinggalkan saya!" dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif pada perubahan pada diri anda.



Andai lelaki tahu sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempua itu diciptakan Allah indah sekali. Disebalik airmatanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu terasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya.



Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak anak anda.


wassalam. :)

0 budak bergossip:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers