Pages

November 25, 2011

terima kasih untuk segalanya. (part 2-the end)


Assalamualaikum =)

tiba tiba mood mengupdated rasa macam ada balik, entahlah. taktau kenapa tiba tiba rasa bersemangat sangat nak post entry yang tergendala hari tu. saja buad macam drama bersiri, tapi nih bukan sedutan episod drama bersiri ye. ini memang realiti kehidupan aku. saja nak kongsi sebagai tanda penghargaan aku dekat orang yang menyayangi aku dengan sepenuh hatinya. sungguh aku tidak menyangka kan? dan apa yang pasti, semua orang akan merasai perasaan yang sama seperti aku lalui, cuma masa dan keadaan sahaja yang tidak sama. ada yang rasa awal dan ada yang rasa lambat malah yang tak penah faham perasaan ini pun ada jugak theehehe~ =)

the most and foremost special thanks kepada dia, fahmi zakri yang sudi menyayangi aku dengan sepenuh hatinya. selama hampir 2tahun hubungan kami di saina. aku bersyukur sangat dengan adanya dia yang telah banyak menyerikan hidup dan hari hari yang aku lalui. aku sedar banyak kekuatan aku untuk terus menjalani kehidupan seharian aku adalah dia. dia lah pengubat segala lara, dan dia jugalah kadang penyebab lara itu. haha. =) comel! aku tak kesahh. sebab aku bersyukur sangat dapat mengenali dia, dengan mengenali dia, aku tahu hati aku, aku tahu bagaimanakah kekuatan diri aku yang sebenar, aku mengenali kelemahan diri aku. aku mula menyedari semua itu, dari situ juga lah, aku belajar menjadi seorang yang matang. haha. =) selain daripada rakan rakan yang rapat dan menganali diri aku secara mendalam. =) kadang kadang, mungkin betul cakap sesetengah orang yang, kita perlu jugak seorang yang kita betul betul minat atau sukai tu, sebagai pendorong kita untuk melakukan sesuatu tanpa rasa putus asa. betul entah teori nih? hehe~ :D

banyak sangat kenangan terindah yang kami ciptakan bersama, haha. dari gelaran 'FANS' itu sendiri yang dicipta oleh dia dan bagaimana hati kami dimiliki oleh satu sama lain.haha. comel! mungkin sebab itulah agak sukar untuk aku menerima kenyataan pada awalnya yang kami akan berpisah dan dia akan membawa haluan sendiri selepas ini. harapan aku, semoga ada jodoh antara kami. semoga fans itu tercipta untuk kita. amin~ =) aku sendiri akui, mungkin awal tahun hadapan agak sukar untuk aku teruskan kehidupan di saina dengan gelaran 'super duper senior'. the last year. tapi, aku cuba gagahi jua. dengan sokongan dan semangat yang dia sanggup berikan. InsyaAllah aku mampu harunginya. cuma aku berharap agar dia turut menemani aku disisi tahun hadapan. mungkin cabaran yang bakal aku lalui amatlah getir. dan kehidupan aku selepas sahaja aku spm. haha. yang tu taktau lagi. serious. kita hanya mampu merancang kan? tapi, doa kan adalah senjata mukmin. so, berdolah semoga impian menjadi kenyataan dan semoga apa yang dirancang dan diimpikan tercapai.~ =)



setakat ini saja kot, aku pun sebenarnya malas nak cerita banyak banyak tentang kami. cukuplah dengan doakan aku dan dia yaa. semoga inilah yang terakhir setelah dia berjaya menjadi yang pertama. amin~ semoga dia berjaya dalam spm dan berjaya mengejar cita citanya. =) aku pun nak berjaya macam dia jugak nanti.



till here then~ wassalam. =)


saya sayang hati saya, hati saya ada dekat orang yang saya sayang....~

0 budak bergossip:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers