Pages

November 18, 2011

terima kasih untuk segalanya. :') (part 1)

Assalamualaikum.


Photobucket



lama dah kan aku tinggal belog nih sejak final exam hari tu. tu pon aku balik rumah tapi post satu jaa. haihh. haha. nak kata study sangat result dok macam tu jugak lah. cukup cukup makan ja. tak pun tercekik pun penah dah aihh. haha. :D tak tau kenapa mood untuk berblogging kureng..rasanya sebab line beruk band nih asyik buad hal. geramm. haisshh. nak share something. tahun 2011 pun dah sampai penghujungnyaa. aku yang bersekolah pun tinggal satu tahun ja lagi untuk berusaha sehabis dan sekuat yang mampu untuk sijil pelajaran malaysia tahun 2012. :')





tahun nih. banyak kenangan terindah yang aku lalui bersama dia, fahmi zakri. dia pun sekarang sedang menduduki spm, sedang berjuang demi masa depan dia, perjuangan dia masih berbaki sikit sahaja lagi. aku harus bangun dan kena berikan sokongan dan semangat kepadanya. aku sedar dari hari pertama dia spm sampailah hari ni. aku masih lagi dibelenggu kesedihan yang teramat. taktau kenapa aku terasa hati aku macam kehilangan. aku bagaikan baru tersedar dari tidur yang amat lena dan mimpi yang teramatlahh indah.. aku macam terkejut sangat dan baru tersedar yang aku berpisah dengan dia.. dia bukan lagi pelajar saina selepas ini. entah dimana pula nasib dia selepas spm ni.. :'( aku tak boleh terus macam ni. dia perlukan aku.. aku kena kuat hadapi segalanya walaupun aku tahu hati aku tak kuat untuk hadapi perpisahan ini.. aku sedar lepas ni, dia dah jauh dari sisi aku. tak macam tahun ni, dia masih lagi dapat ada dengan aku tapi, untuk satu tahun saja lagi yang akan datang aku terpaksa laluinya seorang.. hanya hati dia sahaja yang akan menemani aku.. kasih sayang dia sahaja yang akan ada bersama aku.. doa aku semoga selepas ini takdir akan satukan kami dan dekatkan kami lagi... :'(



kenangan terindah banyak sangat yang aku lalui bersamanya. dari hari pertama perkenalan kami tahun lepas, 2010 sampailah tahun 2011 ni sendiri.. perkenalan kami ni dah macam ditakdirkan, banyak sangat senses of humour di awal perkenalan kami.. haha. bermula dengan gelaran dia sebagai 'pusher' haha comel! sampailahh FANS sendiri tercipta.. sebelum kenal sendiri pun, aku pernah puji dia, ada kot dua kali.. waktu malam bakat diorang, dia jadi pusher, aku terpuji dia. lebih kurang macam ni lah ayat first aku kat dia " eh, handsomenya dia nii...nama dia sapa hah?? budak baru kaaa?? tapi nak ka dia kenai aku, aku nih bukan cantik pun...." fulamak ayat mula mula tu standard orang yang terpikat, yang belakang tuu.. alamak, ayat pasrah siott. haha. tapi memang pun, aku sedar diri aku waktu tu.. second punya waktu merentas desa tahun lepas, lepas ja dia amek medal, kebetulan laa kan rumah merbau waktu tu ada 3 orang yang dapat topten merentas desa termasuk dia.. first time aku dengar cikgu called out his named, aku terpegun what a very nice name he had! tak perasan lagi. dan tak usha sangat sebab aku dengan puteri puteri cantek cengal yang lain tengah bergambar.. bila dia dah turun dari pentas dia dan dua lagi budak merbau amek gambar, besalaa merbau memang banyak atlet long distance.. aku terpana.... ayat yang terkeluaq " wow, comelnyaa muka dia senyum... nama dia sapa hah?? budak baru kaa nih?? tapi mau ka dia kenal?? aku tak cantek...." hah seee, aku memang taktau yang aku sendiri dah penah puji dia before this, sebab aku memang tak jangka langsung semua ini akan terjadi....



elok ja lepas merentas desa, kami semua dapat balik. aku pegi kelas, saja. ingat nak amek buku. tiba tiba kawan aku bagitau ada 'pusher f4 kirim salam kat aku...' hah.. cuak dahh.. bila aku tanya kawan aku, dia rumah apa? cengal ka.. kawan aku kata. dia rumah merbau laa.bru ja tadi amek medal kat atas tuu. okay fine! aku taktau sapa dia.. aku tanya lagi.. "pusher tuu apa??" lantas kawan aku menjawab.. "laaa. pusher pun tak tau kaa? pengedar dadah laa. dia yang jadi pengedar dadah waktu malam bakat tuu laa.." aku pun "yang mana hah..." memang aku sendiri lupa yang aku pernah puji dia.. nampak sangat yang macam dah ditakdirkan segalanyaa.. kawan aku takmau bagi tau lebih lebih. aku tanya nama pun dia takmau bagitau. aku kata "takpa, aku cari jugak nanti dia sapa..." balik dorm, aku try tanya kakak dorm aku. " akak, akak, sapa yang jadi pusher waktu malam bakat tuu, alaa yang jadi pengedar dadah tuu..." kakak tu pon menjawab... "ohhh.. nama dia fahmi zakri, orang panggil cho.. " yessss! tau dahh. cuma tinggal nak cari jaa sapa dia.. bila dah start pencarian aku.. then mulalah aku terasa macam ada someone yang memerhatikan aku dari blok sebelah setiap kali aku pegi dekat locker aku. bila aku tengok.. takda laa pulak. konfius, konfius.. tapi rilex sudahh. macam macam lah yang kami utuskan sampaikan ada sekali tu sampai nak sepak sepak lah.. haha lawak.. comel dak kami dua nihh.. lepas tuu. segalanya sudah terbongkar bilaa kami dah mula contact..~


WILL BE CONTINUED.......



till here then, nanti aku sambung lagi, tapi aku takboleh cerita semua.. cukup kot dengan macam mana kami boleh kenal mengenali nih. sejarah yang tersimpan kemas dalam hati ini.. sesungguhnya. aku sayang dia... :') "jangan pernah lupakan sha ea nanti...semoga kasih sayang yang kita semai dalam hati ini akan mekar selamanya..amin...."

Photobucket



nites all.~

0 budak bergossip:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers